Search This Blog

Friday, May 21, 2010

ombak laut dan air laut.....

kejadian ombak.....

kalau kita renungkan keindahan pantai pasti kita akan dap[at melihat beberapa kawasan yg ombaknya tidak bergulung....knape ek? Ini kerana pertembungan diantara ombak yg hemdak pulang kelautan dan ombak yg hendak menghempas pantai....fenomena ini menyebabkan ombak susah untuk bergulung.... Arus yg kembali ke lautan ini mempunyai kelebaran 10-30meter dan juga bergerak selaju 2.0m/s.....ia boleh melemaskan akibat dibawa oleh arus deras ke arah laut walaupun pantai itu cetek.....Arus deras ini dipanggil fenomena current......

faktor current dan juga pergerakan arus masin merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan yang sesuai....kerana ikan suka berenang dan berkumpul dikawasan arus yang berlawanan ini.....cara utk mengetahui kawasan ini senang je...lontarkn gewang dan karau....kalau kte rasa gewang 2 berat utk berenang bermakna situlah kawasan current ni ataupun arus masin......






faktor ombak.......


Faktor ombak memainkan peranan yang penting utk mencari lubuk ikan. ....kawasan permulaan ombak putih yg bergulung dari kawasan tengah pantai ke arah pantai adalah kawasan sempadan antara kawasan landai dan dalam (Break Point ataupun Break Off)....ombak ini akan menghempas di tengah pantai bukan di tepi pantai....anak-anak ikan suka berkumpul di kawasan ini (ombak yg menghempas di tengah pantai ) kerana ombak yg menghempas akan menggaulkan pasir di kawasan yg landai sekaligus menghasilkan plankton-plankton yg menjadi makanan anak-anak ikan ini....ikan2 pemangsa suka menyorok di bawah buih2 putih ombak yang terhempas.....oleh itu mereka akan membaham anak-anak ikan yang asyik dengan plankton-plankton tadi.....Sebab itulah jika kita melontar gewang di kawasan ombak yang mula bergulung kita akan peluang utk menjinakkan ikan pemangsa adalah lebih cerah....




selamat mencuba......




Friday, May 7, 2010

Shore Jigging....






shore jigging.....

shore jigging ni adalah teknik memancing menggunakanmetal jig yg di lontar di kawasan pantai atau berbatu....lebih kurang casting dari daratla...






ni la rupa metal jig yang biasa digunakan....



Teknik Shore Jigging......

Kawasan Pantai....

berat jig yang biasa digunakan untuk kawasan pantai adalah diantara 15g hingga 35g bergantung kepada jenis rod yg digunakan....kalau di jepun ada jual rod khas untuk Shore Jigging ni....Spesifikasi untuk rod yang digunakan di kawasan berpantai panjang 11kaki berat Lure 15g hingga 60g...Rod-rod ini mempunyai tapper yang agak keras dan juga mempunyai butt blank yang berdiameter agak besar...Grip juga agak panjang bagi mudah untuk membuat lontaran jig yg berat...panjang grip lebih kurang sama dengan grip surfcasting rod.



Teknik karauan yang biasa dijalankan di kawasan berpantai adalah secara Vertical jerk dan juga Slow retrieve....Vertical jerk adalah teknik sentapan secara mendatar...Walaupun ianya dipanggil secara mendatar, tetapi apabila membuat jerk kita perlu mendongakkan rod secara menegak ke atas...Apabila jig telah sampai ke dasar, karau dan jerk jig 2-3kali dengan mendongakkan tapper rod.... Heretkan jig dari perut laut sehingga ke gigi laut melalui kaedah ini menyebabkan ianya dinamakan vertical jerk.....

Slow retrieve pula adalah teknik karauan secara perlahan dimana kita perlu mengangkat tinggi rod dan tidak membiarkan jig kita tenggelam....Dengan ini jig akan berada di kawasan permukaan air dan karauan yang perlahan membuatkan mereka berhayun secara lemah gemalai....


Kawasan Berbatu......

Kebanyakkan teknik yang digunakan di kawasan berbatu adalah secara Horizontal+Vertical Jerk....Teknik yang agak sama dijalankan dengan kaedah jigging dari bot....kawasan berbatu yang mempunyai kedalaman yang agak curam adalah tempat yg paling sesuai untuk teknik ni...lontar Jig tanpa hook dahulu untuk mengesan kedalaman dan juga struktur kawasan berbatu di bawah air... Dengan cara ini dapatlah imagine cara mengarau dan membuat jerk dengan timing yang sesuai supaya Jig tidak mudah sangkut pada batu.....kedalaman air di kawasan berbatu yang agak dalam...jig yg sesuai digunakan adalah Jig yang mempunyai berat sehingga 80g-150g...rod bagi kawasan berbatu juga panjang rod yg digunakan adalah melebihi 11 kaki.....


jadi selamat mencuba...